通告/PENGUMUMAN/ANNOUNCEMENT: 17-18.12.16 "" HARI JUALAN BUKU TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6 2017....... 27.12.16 "" MESYUARAT GURU....... 28.12.16 "" ORIENTASI MURID TAHUN 1....... 03.01.17 "" SESI PERSEKOLAHAN 2017 BERMULA.......

Tuesday, November 13, 2012

KSSR: HASRAT DAN PRINSIP

***KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH***

***HASRAT***
Kurikulum Standard Sekolah Rendah
berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang,
berfikiran kreatif, kritis dan inovatif
melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi,
 perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, 
kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai

Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. 
KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21,
Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini.
KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO, iaitu
 belajar untuk mengetahui (learning to know),
belajar untuk bertindak (learning to do),
belajar untuk hidup bersama (learning to live together)
dan
belajar untuk membentuk peribadi (learning to be).

Murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas berikut:

- Insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial
- Warganegara yang bertanggungjawab
- Warganegara yang boleh berperanan di arena global (Global Player)
- Pekerja berilmu
Rajah Hasrat KSSR 
***PRINSIP***
Kurikulum Standard Sekolah Rendah mengekalkan kesemua prinsip KBSR.
Prinsip ini dikekalkan kerana masih sesuai dan relevan untuk melahirkan
insan yang seimbang dan holistik. Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut:
Pendekatan Bersepadu
Tumpuan utama diberikan kepada pendekatan bersepadu.
Unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud
kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial.

Perkembangan Individu Secara Menyeluruh

KSSR digubal untuk memastikan semua mata pelajaran berperanan
untuk memenuhi keperluan intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial.
Setiap potensi murid dikembangkan secara bersepadu.

Pendidikan Saksama Untuk Semua Murid

KSSR memberi peluang yang luas dan saksama kepada semua murid untuk
mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang menyeluruh dan seimbang.

Pendidikan Seumur Hidup

KSSR menyediakan pengetahuan dan kemahiran
yang diperlukan oleh semua murid sebagai asas untuk
menghadapi cabaran kehidupan seharian dan pendidikan sepanjang hayat.
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Related Post:
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*

No comments:

Post a Comment