通告/PENGUMUMAN/ANNOUNCEMENT: 17-18.12.16 "" HARI JUALAN BUKU TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6 2017....... 27.12.16 "" MESYUARAT GURU....... 28.12.16 "" ORIENTASI MURID TAHUN 1....... 03.01.17 "" SESI PERSEKOLAHAN 2017 BERMULA.......

Tuesday, November 13, 2012

KSSR: LATAR BELAKANG

***KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH***

Transformasi Kurikulum Kebangsaan
bertitik tolak daripada keputusan
Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.6/2008
yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Pelajaran pada 23 Mei 2008.

Satu usaha penambahbaikan dalam sistem pendidikan negara
 terutamanya di peringkat sekolah rendah
perlu dilaksanakan supaya kurikulum persekolahan
 memenuhi keperluan dan cabaran semasa serta akan datang. 

Sehubungan itu,
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
telah melaksanakan satu kajian dan mendapati
wujudnya keperluan untuk melakukan
transformasi kurikulum sekolah rendah.

Transformasi kurikulum sekolah rendah
merupakan penyusunan semula dan penambahbaikan
kurikulum persekolahan rendah sedia ada.

Tujuan transformasi adalah untuk memastikan
murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan
 nilai yang relevan dengan keperluan semasa
bagi menghadapi cabaran abad ke-21. 

Fokus transformasi kurikulum persekolahan rendah
adalah kepada kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M),
 sebaliknya mengambil kira kemahiran penaakulan, kreativiti dan inovasi,
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta elemen keusahawanan.

Dalam proses transformasi kurikulum persekolahan rendah,
 KPM telah melakukan penandaarasan dengan
kurikulum persekolahan negara maju
bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan
yang dibangunkan setanding dengan pendidikan global.

Di samping itu,
KPM turut mendapatkan input daripada pelbagai pihak berkepentingan
seperti Pertubuhan Bukan Kerajaan, industri, akademik dan ibu bapa.

Berdasarkan kepada input-input tersebut
maka konsep kurikulum persekolahan rendah
berasaskan standard dibangunkan.
 Lanjutan daripada itu,
konsep kurikulum persekolahan rendah mendapat kelulusan
Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil.3/2009 pada 2 Oktober 2009.

KPM membangunkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
berasaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
dan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Kurikulum yang dibangunkan turut melibatkan kurikulum Pendidikan Khas.
Bagi memastikan kurikulum tersebut mantap,
pelaksanaan rintis telah dilakukan di
sekolah rendah terpilih di seluruh negara.
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*

No comments:

Post a Comment