通告/PENGUMUMAN/ANNOUNCEMENT: 17-18.12.16 "" HARI JUALAN BUKU TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6 2017....... 27.12.16 "" MESYUARAT GURU....... 28.12.16 "" ORIENTASI MURID TAHUN 1....... 03.01.17 "" SESI PERSEKOLAHAN 2017 BERMULA.......

Wednesday, November 14, 2012

KSSR: ORGANISASI KURIKULUM

***KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH***

KSSR diorganisasikan dalam bentuk modular dengan
mengelompokkan mata pelajaran dalam kumpulan tertentu
yang dikenali sebagai modul.
Mata pelajaran juga diorganisasikan secara modular iaitu
kandungan mata pelajaran disediakan dalam bentuk
 modul yang kendiri-lengkap (self-contained).
Setiap modul mengandungi pengetahuan, kemahiran
dan nilai yang telah dikenal pasti untuk dikuasai oleh murid.
Pada Tahap I
kurikulum diorganisasikan dalam Modul Teras Asas,
Modul Teras Tema dan Modul Elektif.
Komposisi KSSR Tahap I adalah seperti jadual di bawah.

Modul Teras Asas

Modul Teras Asas
merangkumi bidang pembelajaran asas yang terdiri daripada
Modul Bahasa, Modul Matematik, Modul Pendidikan Jasmani,
dan Modul Pendidikan Kesihatan.
Modul-modul ini mesti dipelajari oleh semua murid.

Modul Pendidikan Islam mesti dipelajari oleh murid beragama Islam,
manakala Modul Pendidikan Moral dipelajari oleh murid bukan beragama Islam.



Modul Teras Tema

Modul Teras Tema
menggabungkan beberapa disiplin ilmu dalam satu modul.
Terdapat dua modul Teras Tema iaitu
Dunia Kesenian dan Dunia Sains dan Teknologi (DST).
Dunia Kesenian terdiri daripada Dunia Seni Visual dan Dunia Muzik.
DST pula menggabungkan disiplin Sains, Reka Bentuk Teknologi (RBT)
dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK).
Modul Teras Tema mesti dipelajari oleh semua murid.



Modul Elektif

Modul elektif
merupakan pilihan disiplin bahasa yang ditawarkan kepada murid seperti
Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan,
Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan,
Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun.
 Modul ini ditawarkan untuk membolehkan
murid berkemahiran dalam pelbagai bahasa.

Pihak sekolah perlu memilih untuk melaksanakan sekurang-kurangnya
 satu bahasa dalam Modul Elektif mengikut kesediaan sekolah
dalam aspek penyediaan guru,
permintaan daripada murid serta prasarana sekolah.

Pada Tahap II,
kurikulum diorganisasikan secara modular dalam
 Mata Pelajaran Teras dan Mata Pelajaran Elektif.
Kandungan mata pelajaran disediakan dalam bentuk modul. 
Komposisi KSSR Tahap 2 adalah seperti jadual di bawah.

*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Related Post:
http://sjkcbb.blogspot.com/2012/11/kssr-fokus.html
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*

No comments:

Post a Comment