通告/PENGUMUMAN/ANNOUNCEMENT: 17-18.12.16 "" HARI JUALAN BUKU TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6 2017....... 27.12.16 "" MESYUARAT GURU....... 28.12.16 "" ORIENTASI MURID TAHUN 1....... 03.01.17 "" SESI PERSEKOLAHAN 2017 BERMULA.......

Tuesday, December 25, 2012

二零一二年六年级毕业刊:创作云彩(学生国文作品12)

***
Pameran Lukisan Sekolah Saya
***

**Rachel Yong Rei Shyen (6T)**

Kelab Seni Lukis di sekolah saya telah mengadakan
pameran lukisan pada minggu yang lepas.
Tujuan mengadakan pameran lukisan adalah untuk
mencungkil bakat murid-murid dalam bidang seni .

Pameran itu telah diadakan di dewan sekolah.

Pameran lukisan itu dijalankan selama tiga hari berturut-turut.
Orang ramai dibenarkan masuk ke dewan secara percuma .

Banyak ibu bapa datang ke pameran tersebut.

Para ibu bapa kagum akan lukisan murid-murid.

Pelbagai lukisan yang menarik dipamerkan pada hari itu.

Aktiviti pertandingan melukis dan mewarna
 juga diadakan pada hari itu.
Ramai orang mengambil bahagian.

Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada hari terakhir.

Guru Besar menyampaikan hadiah kepada
pemenang pertandingan melukis dan mewarna.

Pameran itu mendapat sambutan yang menggalakkan.

Saya berharap agar pameran seperti itu
akan diadakan lagi pada tahun hadapan. *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*

No comments:

Post a Comment