通告/PENGUMUMAN/ANNOUNCEMENT: 17-18.12.16 "" HARI JUALAN BUKU TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6 2017....... 27.12.16 "" MESYUARAT GURU....... 28.12.16 "" ORIENTASI MURID TAHUN 1....... 03.01.17 "" SESI PERSEKOLAHAN 2017 BERMULA.......

Monday, December 24, 2012

二零一二年六年级毕业刊:创作云彩(学生国文作品3)

***
Kemalangan Jalan Raya
***

**Lau Huei Sin (6S)**

Loceng sekolah berbunyi.
Jam menunjukkan pukul 1.30 petang.
Saya mencepatkan langkah saya keluar ke pintu pagar sekolah.

Tiba-tiba,saya terdengar bunyi dentuman yang kuat dari belakang saya.
Bunyi itu telah mengejutkan saya.
Saya menoleh ke belakang.
 Rupa-rupanya kemalangan telah berlaku..

Saya segera berlari ke arah tempat kejadian.
Kemalangan itu melibatkan sebuah lori.
Lori tersebut hilang kawalan lalu melanggar tiang elektrik.
Lori itu kelihatan kemek.
Pemandu lori itu tercampak keluar dan mengalami cedera parah.
Darah tidak berhenti-henti mengalir keluar dari kepalanya.
Pemandu lori itu mengerang kesakitan.
Ramai oramg berkerumun di tempat kejadian.

Dengan sepantas kilat,
saya berlari ke arah pondok telefon awam.
Saya menghubungi polis dan ambulans.

Setelah sepuluh minit berlalu,
polis dan ambulans telah sampai di tempat kejadian.
Mangsa kemalangan segera dibawa
ke hospital untuk menerima rawatan.
Polis mengambil keterangan daripada saksi-saksi kemalangan.

Kemalangan ini sungguh mengerikan.
Saya berasa simpati akan nasib malang
yang dialami oleh pemandu lori itu.
Saya berharap agar
pemandu lori itu selamat dan cepat sembuh.
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*

No comments:

Post a Comment