通告/PENGUMUMAN/ANNOUNCEMENT: 17-18.12.16 "" HARI JUALAN BUKU TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6 2017....... 27.12.16 "" MESYUARAT GURU....... 28.12.16 "" ORIENTASI MURID TAHUN 1....... 03.01.17 "" SESI PERSEKOLAHAN 2017 BERMULA.......

Monday, December 24, 2012

二零一二年六年级毕业刊:创作云彩(学生国文作品4)

***
Gotong-royong di Sekolah Saya
***

**Daphne Hew Zhi Xin (6S)**

Pada hari Ahad yang lalu,
saya dan kawan-kawan bergotong-royong
 membersihkan kawasan sekolah.
Kami membawa peralatan sendiri
seperti berus, penyapu, baldi, kain buruk dan sebagainya.

Pada pukul 8.00 pagi,
kami berkumpul di padang yang luas.
Guru Besar memberi taklimat kepada kami.
 Kami dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu
Kumpulan A, Kumpulan B, Kumpulan C dan Kumpulan D.

Kumpulan A memotong rumput di padang dan taman serta menyapu lantai.
Kumpulan B mencuci longkang yang kotor
dan mengutip sampah di merata-rata tempat
manakala Kumpulan C mengelap tingkap dan mengecat pasu bunga.
Kumpulan D pula membersihkan kerusi dan meja yang kotor
dan menanam pokok bunga.
Kami bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk
membersihkan kawasan sekolah dengan bersungguh-sungguh.

Selepas dua jam, kami berehat di kantin.
Kami menjamu hidangan seperti mi goreng, nasi ayam dan
 jus oren yang disediakan oleh pihak sekolah.
Setelah menikmati makanan yang enak,
kami pun meneruskan kerja masing-masing.

Pada pukul 12.00 tengah hari, aktiviti gotong-royong pun tamat.
Kawasan sekolah bersih dan cantik.
Kami berpuas hati melihat keindahan sekolah.

Selepas mengemas peralatan, kami pun pulang ke rumah.
Walaupun kami berasa letih tetapi kami gembira kerana
kawasan sekolah menjadi bersih dan cantik.
Saya berharap agar gotong-royong dapat diadakan pada tiap-tiap tahun.
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*

No comments:

Post a Comment