通告/PENGUMUMAN/ANNOUNCEMENT: 17-18.12.16 "" HARI JUALAN BUKU TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6 2017....... 27.12.16 "" MESYUARAT GURU....... 28.12.16 "" ORIENTASI MURID TAHUN 1....... 03.01.17 "" SESI PERSEKOLAHAN 2017 BERMULA.......

Monday, March 31, 2014

PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG

***PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG***

Satu program yang dinamakan
Program Guru Penyayang
adalah bertujuan agar guru
 mengamalkan dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.


Konsep
1.Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi,
mengasishi dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain.
Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang
 memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara
yang berkaitan dengan muridnya
 (every child matters dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang,
bersikap ,mesra, mengambil berat, berbudi bahasa,
 saling menghormati, sentiasa ceria, perihatin dan sabar.

2.Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka
merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga,
dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.

3. Membudayakan amalan penyayang
merupakan sifat profesional guru
dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa dan masyarakat.


Objektif
1.Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.

2.Menginsafi bahawa kehadiran murid
merupakan rahmat kepada sekolah.

3.Menyedari bahawa setiap murid
adalah aset kepada sekolah.

4.Menghargai sumbangan murid, ibu bapa,
komuniti dan masyarakat kepada sekolah.


Terdapat pelbagai aktiviti yang akan dijalankan iaitu :-
1.Mengalu-alukan kehadiran murid.
2.Pelaksanaan Program Mentor Mentee.
3.Memberi penghargaan kepada murid.


Program ini akan dilaksanakan secara berterusan sepanjang masa.
Adalah diharapkan dengan pelaksanaan aktiviti seumpama ini
dapat membantu masalah-masalah salah laku pelajar dikurangkan.


Dengan adanya program seperti ini,
hasrat untuk membudayakan amalan guru penyayang di sekolah
dapat disemai demi meningkatkan mutu dan kualiti pendidikan negara.
Secara tidak langsung juga program seumpama ini dapat
mengeratkan hubungan kekeluargaan di kalangan warga sekolah.
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Related Posts:
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*

No comments:

Post a Comment