通告/PENGUMUMAN/ANNOUNCEMENT: 17-18.12.16 "" HARI JUALAN BUKU TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6 2017....... 27.12.16 "" MESYUARAT GURU....... 28.12.16 "" ORIENTASI MURID TAHUN 1....... 03.01.17 "" SESI PERSEKOLAHAN 2017 BERMULA.......

Tuesday, April 22, 2014

PROGRAM JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT

***LET'S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES***
 
Program Inisiatif Membaca 2014 :
Jom Membaca Bersama untuk 10 minit
bersempena Hari Buku Sedunia pada ketetapan di bawah:-
TARIKH : 22 April 2014
MASA : 10a.m. - 10.10a.m.
TEMPAT: DEWAN SEKOLAH
Ianya adalah bertujuan untuk
memertabatkan buku sebagai sumber pengatahuan.
Dalam era teknologi yang semakin maju,
buku perlu diletakkan ditempat yang sewajarnya
 supaya terus bersesuaian dengan era ini.




Program ini adalah pengisian program
gerakan membaca yang dijalankan setiap tahun.
Usaha berterusan ini adalah bagi membentuk
masyarakat ke arah membudayakan tabiat membaca.


Melalui program
JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT
(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES)
 semua peserta tanpa mengira apa jua latarbelakang,
pekerjaan atau aktiviti yang sedang dilakukan
 akan sama-sama berhenti sebentar dan
membaca selama 10 minit secara serentak.


Program ini akan dilaksanakan serentak
di seluruh negara di lokasi masing-masing.
Semua Ketua Jabatan
diminta menghantar laporan perlaksanaan program ini.

Marilah seluruh warga SJKC Bukit Beruang bersama menunjukkan
'KITA SUKA ILMU, KITA SUKA MEMBACA'.
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*


Related Post:
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*

No comments:

Post a Comment