Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Pendidikan Rendah) Kementerian Pelajaran Malaysia.
Program ini diharapkan dapat memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan dari perspektif seorang guru.
Program ini memberi peluang kepada pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah.
Melalui PBS pelatih dapat memahami tingkah laku murid, pengurusan sekolah dan pengurusan bilik darjah untuk menyepadukan teori dan amalan dalam konteks pengajaran pembelajaran.
Ringkasnya dengan menjalani program PBS, pelajar akan lebih memahami bagaimana guru mengajar, bagaimana murid belajar dan bagaimana pengurus sekolah mentadbir sekolah.