***
PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR
***
**学校开学日 12.01.15**
**SEKOLAH BERMULA PADA 12.01.15**
KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa
banjir yang sedang melanda negara sekarang
masih berterusan khususnya di
negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia.
Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah
340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir,
340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir,
sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS)
atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.
Sebagai Menteri Pendidikan,
saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran
yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk
pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid
sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka
seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015
(bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor)
dan
pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.
Sehubungan itu,
sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju
untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan
di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu.
Dengan penangguhan ini,
tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015
bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor
adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).
Manakala bagi negeri-negeri lain
akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).
Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;
a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS
atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan;
dan
b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi
mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk
pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.
Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih,
maka pihak pengurusan sekolah hendaklah
menggunakan tempoh tersebut
untuk mengadakan gotong royong
pembersihan kawasan sekolah masing-masing
bagi memastikan anak-anak kita dapat
belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.
Terima kasih.
Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Related Post:
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
No comments:
Post a Comment