通告/PENGUMUMAN/ANNOUNCEMENT: 17-18.12.16 "" HARI JUALAN BUKU TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6 2017....... 27.12.16 "" MESYUARAT GURU....... 28.12.16 "" ORIENTASI MURID TAHUN 1....... 03.01.17 "" SESI PERSEKOLAHAN 2017 BERMULA.......

Saturday, May 16, 2015

TEMA HARI GURU 2015

***16 MEI 2015***



Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru di Malaysia

Peredaran zaman dan kemajuan teknologi tidak pernah mengubah
 tugas dan jasa guru dalam mendidik dan membekalkan ilmu 
kepada seluruh pelajar

Tugas guru pada masa kini pula semakin mencabar 
yang mana memerlukan kreativiti dan inovasi bagi memastikan
 pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan kepada pelajar selaras dengan 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025

Dari perspektif pelajar pula, 
selain mengajar subjek yang berkaitan, 
guru juga dianggap rakan dan teman untuk berbincang 
dan
 meluahkan perasaan, khususnya berkaitan dengan perkembangan diri

Sehubungan itu, 
bagi menggambarkan pengiktirafan kepada jasa guru,
 pada 16 Mei setiap tahun,
 Kementerian Pendidikan akan menganjurkan sambutan Hari Guru 
dengan melengkapkan pelbagai program 
yang menjurus kepada penghargaan kepada guru

Untuk tahun ini 
sambutan Hari Guru di Malaysia adalah bertemakan  
GURU : MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK 
akan diraikan pada 16 Mei bagi mengenang 
jasa dan pengorbanan guru dalam mendidik anak bangsa

 Berikut adalah huraian kepada Tema Hari Guru 2015.

  Guru berperanan mengupayakan diri dengan ilmu dan
 pengalaman agar dapat membangunkan potensi insan 
melalui penyerapan elemen-elemen kerohanian dan kurikulum, 
menyediakan kepelbagaian bahan rangsangan bagi mengoptimumkan
 potensi murid serta menyediakan pelan pembangunan individu yang
menyeluruh dan bersepadu bagi menghasilkan modal insan bertaraf dunia.
 Warga pendidik perlu memainkan peranan penting
 dalam menyediakan serta membentuk insan peribadi mulia 
berpersonaliti unggul di dalam membina negara bangsa yang berkualiti.

  Peranan guru juga tidak terbatas hanya kepada 
menyampaikan kandungan silibus dalam bilik darjah, 
malah guru perlu kreatif dan inovatif dalam 
 pembangunan ilmu (knowledge development) di kalangan
 anak didik seiring dengan perkembangan teknologi 
dan keperluan masa depan melalui amalan pengajaran guru 
yang berpusatkan pelajar serta penggunaan bahan sumber secara berkesan.

Peranan guru adalah menghasilkan modal insan holistik 
yang berilmu dan berakhlak ke arah kesempurnaan kemenjadian murid. 
Seperti yang digarapkan dalam PPPM 2013 - 2025, 
sistem pendidikan Malaysia berhasrat untuk melahirkan murid
 berdasarkan enam aspirasi murid, iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir,
 kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, 
etika serta kerohanian dan identiti nasional.
 Justeru guru merupakan agen ke arah merealisasikan hasrat tersebut.

*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Related Posts:
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*

No comments:

Post a Comment