***DATE 11.02.19***
**PROGRAM GURU PENYAYANG DAN SALAM HORMAT**
Mewujudkan satu suasana yang harmoni antara
guru dan murid selaras dengan keperluan semasa
Pelaksanaan amalan Guru Penyayang bertujuan agar
setiap guru membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.
Guru Penyayang membawa maksud perbuatan atau
perlakuan menyayangi, mengasihi dan bersifat belas kasihan
serta menghormati orang lain.
Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang guru yang
memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap murid-murid
dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati,
sentiasa ceria, prihatin dan sabar.
Guru Penyayang seharusnya menjiwai bahawa
murid adalah aset yang perlu diberi perhatian, dijaga,
dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Related Posts:
http://sjkcbb.blogspot.com/2015/04/blog-post_54.html
http://sjkcbb.blogspot.com/2015/04/blog-post_6.html
http://sjkcbb.blogspot.com/2015/04/blog-post_6.html
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
No comments:
Post a Comment