通告/PENGUMUMAN/ANNOUNCEMENT: 17-18.12.16 "" HARI JUALAN BUKU TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6 2017....... 27.12.16 "" MESYUARAT GURU....... 28.12.16 "" ORIENTASI MURID TAHUN 1....... 03.01.17 "" SESI PERSEKOLAHAN 2017 BERMULA.......

Wednesday, November 14, 2012

KSSR: PERNYATAAN STANDARD DAN EMK

***KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH***

KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard.
Pernyataan standard terdiri daripada
standard kandungan dan standard pembelajaran
yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan.

Standard KandunganStandard Pembelajaran
Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.Satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator) kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.
Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran
selain yang ditetapkan dalam standard kandungan.
Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan
 kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan
serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan.
Elemen merentas kurikulum yang sedia ada adalah seperti
Bahasa, Sains dan Teknologi,
Pendidikan Alam Sekitar, Nilai Murni dan Patriotisme.

Elemen merentas kurikulum yang baharu,
iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan,
serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi dikenal pasti sebagai
 pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR.

Guru hendaklah memastikan kesemua elemen merentas kurikulum diterapkan
secara efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran
demi melahirkan insan yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Hubungan elemen merentas kurikulum yang sedia ada dan baharu
dalam pembangunan insan yang seimbang digambarkan melalui rajah di bawah.

*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Related Post:
http://sjkcbb.blogspot.com/2012/11/kssr-organisasi-kurikulum.html
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*

No comments:

Post a Comment