通告/PENGUMUMAN/ANNOUNCEMENT: 17-18.12.16 "" HARI JUALAN BUKU TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6 2017....... 27.12.16 "" MESYUARAT GURU....... 28.12.16 "" ORIENTASI MURID TAHUN 1....... 03.01.17 "" SESI PERSEKOLAHAN 2017 BERMULA.......

Tuesday, November 13, 2012

KSSR: BENTUK KURIKULUM

***KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH***

Konsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR,
merupakan satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai.

Konsep ini berfokus kepada pembentukan modal insan seimbang
dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Enam tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai
yang menjadi asas kepada pembangunan insan yang
berfikiran kreatif, kritis dan inovatif.

Tunjang-tunjang tersebut menggambarkan
penstrukturan secara eksplisit bidang ilmu,
kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai murid.

Setiap tunjang saling berhubung kait dan bersepadu.
 6 Tunjang KSSR


Tunjang Komunikasi
Tunjang Komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabung jalin
kemahiran berbahasa dalam bentuk lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi.
Tunjang ini memberi fokus kepada kemahiran bahasa
 seperti mendengar dan bertutur, membaca dan menulis,
serta nilai tambah menaakul.

Murid perlu menguasai kemahiran ini bagi membantu mereka
dalam proses pemerolehan ilmu pengetahuan,
kemahiran dan nilai dalam tunjang-tunjang yang lain.
Penguasaan kemahiran berbahasa menyediakan murid untuk membuat
pemilihan bahasa yang bertepatan dan sistematik dalam interaksi sosial.
Disiplin ilmu dalam Tunjang Komunikasi ialah
 Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Arab,
Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan, Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan,
Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Semai.

Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika

Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika
memberi penekanan kepada perkembangan jasmani dan kesihatan untuk
 kesejahteraan diri dan pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi.

Disiplin ilmu yang membangunkan aspek fizikal ialah
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.

Kreativiti, bakat dan apresiasi dipupuk melalui
Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik.

Tunjang Kemanusiaan

Tunjang Kemanusiaan memberi penekanan kepada
penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan
dan alam sekitar setempat, negara dan global,
serta penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan.

Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang Kemanusiaan ialah
Sejarah yang diperkenalkan mulai Tahap II persekolahan.

Tunjang Keterampilan Diri
Tunjang Keterampilan diri memberi penekanan kepada

pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri
 melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum.

 Murid diberi peluang menyepadukan pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah
dan mengamalkannya dalam kegiatan kokurikulum.

Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum seperti
persatuan, badan beruniform dan sukan
memberi peluang kepada murid meningkatkan potensi diri
sebagai pemimpin kepada diri, rakan sebaya, keluarga dan masyarakat.

Tunjang Sains dan Teknologi

Tunjang Sains dan Teknologi memberi penekanan kepada penguasaan:
• pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik
• pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam matematik
• pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang Literasi Sains dan Teknologi ialah
Sains, Matematik, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT)
serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).

Tunjang Kerohanian, Sikap Dan Nilai
Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai memberi penekanan kepada
bidang pembelajaran yang berfokus kepada
penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai.

Disiplin ilmu dalam tunjang ini merangkumi 
Pendidikan Islam bagi murid Islam dan
Pendidikan Moral bagi murid bukan Islam.

*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Related Post:
http://sjkcbb.blogspot.com/2012/11/kssr-hasrat-dan-prinsip.html
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*

No comments:

Post a Comment