通告/PENGUMUMAN/ANNOUNCEMENT: 17-18.12.16 "" HARI JUALAN BUKU TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6 2017....... 27.12.16 "" MESYUARAT GURU....... 28.12.16 "" ORIENTASI MURID TAHUN 1....... 03.01.17 "" SESI PERSEKOLAHAN 2017 BERMULA.......

Wednesday, November 14, 2012

KSSR: PERBEZAAN DENGAN KBSR DAN PENDIDIKAN KHAS

***KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH***


Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas
dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu,
perkembangan individu secara menyeluruh,
peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid
dan pendidikan seumur hidup.

KSSR Pendidikan Khas merangkumi kurikulum bagi
murid bermasalah pendengaran,
bermasalah penglihatan dan bermasalah pembelajaran.

Murid Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran)
dan murid Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan)
secara umumnya menggunakan kurikulum aliran perdana.

Sungguh pun begitu,
terdapat beberapa pengubahsuaian dilakukan terhadap
beberapa mata pelajaran aliran berkenaan
(khususnya dari segi pendekatan pengajaran dan pembelajaran)
selaras dengan keperluan khas pembelajaran.

Murid Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran)
dan murid Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan)
masing-masing turut diwajibkan mempelajari mata pelajaran tambahan iaitu
Bahasa Isyarat Komunikasi (BIK) dan
Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan (KAIMaL).

Kurikulum Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran)
dibina berdasarkan tahap keupayaan dan keperluan murid.
Kurikulum bagi kumpulan murid ini lebih berfokus kepada
penguasaan kemahiran bagi memenuhi keperluan individu,
 dan tidak terlalu menekankan akademik.

Di Tahap I,
 murid Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) disediakan
 mata pelajaran Asas 3M, Pengurusan Kehidupan, Seni Kreatif,
Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Pendidikan Jasmani.

 Sementara itu di Tahap II,
disediakan mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik,
 Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,
Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar, Pendidikan Seni Visual,
Pendidikan Muzik, Kemahiran Hidup Asas,
Teknologi Maklumat dan Komunikasi, dan Pengurusan Kehidupan.
Program pengajaran dan pembelajaran bagi ketiga-tiga kategori ini
 juga dibentuk secara fleksibel selaras dengan
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997.
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Related Post:
http://sjkcbb.blogspot.com/2012/11/kssr-pernyataan-standard-dan-emk.html
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*

No comments:

Post a Comment