通告/PENGUMUMAN/ANNOUNCEMENT: 17-18.12.16 "" HARI JUALAN BUKU TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6 2017....... 27.12.16 "" MESYUARAT GURU....... 28.12.16 "" ORIENTASI MURID TAHUN 1....... 03.01.17 "" SESI PERSEKOLAHAN 2017 BERMULA.......

Tuesday, December 25, 2012

二零一二年六年级毕业刊:创作云彩 (学生国文作品10)

***
Melawat Ke Zoo Negara
***

**Gui Yuk Hiong (6A)**

Pada minggu lepas,
kami sekeluarga pergi ke Zoo Negara.
Kami pergi ke zoo dengan menaiki kereta.
Ayah memandu kereta dengan berhati-hati.

Apabila tiba di Zoo Negara,

kami membeli tiket untuk masuk ke dalam Zoo Negara.
Kemudian,
kami berjalan sambil berbual-bual di zoo dengan gembira.
Terdapat pelbagai jenis haiwan di situ.
Haiwan-haiwan itu dikurungkan di tempat yang selamat.

Ada juga haiwan yang dikurung di dalam kandang.

Haiwan di dalam kandang itu ada yang kecil dan ada yang besar.

Saya suka melihat pelbagai jenis burung di Zoo Negara.

Burung-burung itu makan buah-buahan.
Di Zoo Negara juga ada banyak rama-rama yang berterbangan.
Kepaknya cantik dan berwarna-warni.
Di Zoo Negara juga terdapat pokok-pokok yang menghijau.
Pokok-pokok itu menjadikan udara di situ segar dan nyaman.

Sebelum balik,

saya bergambar dengan haiwan-haiwan di Zoo Negara.
Gambar-gambar itu akan saya simpan
dengan baik sebagai kenang-kenangan.
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*

No comments:

Post a Comment