***
Tugas Ketua Kelas
***
**Sim Si Hui (6J)**
Setiap kelas mempunyai seorang ketua kelas.
Ketua kelas dipilih oleh murid-murid
di dalam kelas melalui undian.
Terdapat beberapa tugas
yang perlu dilakukan oleh ketua kelas.
Ketua kelas mempunyai peranan
yang amat penting dalam kelas.
Ketua kelas membantu guru mengurus kelas
semasa guru tiada di dalam kelas.
Selain itu,
ketua kelas menjadi mata dan telinga kepada guru.
Semasa guru tiada di dalam kelas,
ketua kelas perlu menjaga ketenteraman kelas.
Sifat kepimpinan perlu ada pada setiap ketua kelas
kerana ketua kelas menjadi contoh kepada murid-murid.
Ketua kelas perlu pandai mengambil hati rakan sekelasnya.
Ketua kelas haruslah bertutur
dengan sopan di hadapan guru dan murid.
Ketua kelas yang baik merupakan ketua kelas
yang rajin membantu guru atau ringan tulang.
Ketua kelas perlu bekerjasama dengan
rakan-rakan untuk menjayakan aktiviti kelas.
Sifat sabar perlu ada pada ketua kelas
apabila menghadapi kerenah rakan-rakan.
Seterusnya,
ketua kelas harus rajin belajar
supaya menjadi contoh kepada murid lain.
Ketua kelas haruslah rajin membaca dan
membuat kerja sekolah yang diberikan oleh guru.
Ketua kelas mestilah mematuhi peraturan sekolah
supaya tidak dikenakan sebarang hukuman.
Kesimpulannya,
tugas ketua kelas amat berat.
Oleh itu,
pihak sekolah dan guru kelas perlu
memberi penghargaan kepada ketua kelas. *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
No comments:
Post a Comment