***
Kepentingan Air kepada Manusia
*****Ng Sze Jia (6J)**
Air merupakan sumber alam semula jadi.
Kita memperoleh air daripada sungai, laut, tasik dan telaga.
Manusia perlu minum air setiap hari untuk menghilangkan dahaga.
Jika kita tidak minum air selama beberapa hari, kita akan mati kehausan.
Oleh itu, manusia perlu minum air untuk terus hidup.
Selain itu,
manusia perlu melakukan aktiviti harian dengan menggunakan air untuk
mencuci pakaian, mandi, menggosok gigi dan kegiatan harian.
Tanpa air,
semua benda akan kelihatan kotor dan berbau busuk.
Manusia juga tidak dapat melakukan aktiviti –aktiviti harian tanpa air.
Di samping itu,
manusia perlu menggunakan air untuk menjana kuasa hidro elektrik.
Cara ini dapat menjimatkan kos.
Tenaga yang dihasilkan dapat menggerakkan alat-alat elektrik dan mesin-mesin di kilang.
Tanpa air, manusia tidak dapat hidup dengan selesa.
Semua petani perlu menggunakan air untuk menyiram tanaman.
Tanpa air, tanaman mereka pasti akan layu dan akhirnya mati.
Mereka memerlukan air untuk menyiram tanaman supaya mendatangkan hasil.
Kesimpulannya, air sangat penting kapada manusia.
Oleh itu, kita mesti menghargai air.
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
No comments:
Post a Comment