通告/PENGUMUMAN/ANNOUNCEMENT: 17-18.12.16 "" HARI JUALAN BUKU TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6 2017....... 27.12.16 "" MESYUARAT GURU....... 28.12.16 "" ORIENTASI MURID TAHUN 1....... 03.01.17 "" SESI PERSEKOLAHAN 2017 BERMULA.......

Sunday, December 23, 2012

二零一二年六年级毕业刊:创作云彩(学生国文作品1)

***
Aku Sebuah Bekas Pensel
***

**Teh Wei Fen 6J**


Aku berbentuk segi empat.
Aku berwarna merah jambu .
Aku diperbuat daripada kain kanvas.
Aku sebuah bekas pensel.
Nama aku Aster.

Aku dilahirkan di sebuah kilang alat tulis yang besar.
Aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak
lalu dihantar ke sebuah kedai alat tulis.
Selepas aku diproses,
aku dibalut dengan plastik lalu dihantar ke sebuah kedai alat tulis.
Selepas aku dihantar ke sana, aku dipamerkan di dalam almari kaca.

Pada suatu hari,
seorang murid ingin membeli bekas pensel
kerana bekas penselnya sudah rosak.
Dia masuk ke dalam kedai buku.
Dia rambang mata kerana di dalam kedai itu
terdapat banyak bekas yang cantik.
Dia tertarik oleh kecantikan aku.
Dia membelek-belek aku lalu membuat keputusan untuk membeli aku.
Dia membayar harga aku sebanyak RM20.
Dia membuat bayaran di kaunter pembayaran.

Tuan aku memasukkan alat tulis ke dalam badan aku.
Perut aku semakin boroi.
Kadangkala, badan aku sakit kerana dicucuk oleh mata pensel yang tajam.

Tuan aku menjaga aku bagai menatang minyak yang penuh.
Apabila aku kotor, dia akan mencuci aku sehingga bersih dan harum.
Tuan aku juga membawa aku ke sekolah.
Dia menyimpan aku di dalam laci mejanya.

Sehingga hari ini, badan aku masih sihat dan kuat.
Aku bersyukur kerana mempunyai seorang tuan yang bertanggungjawab.
Aku berharap agar dapat terus berbakti kepada tuan aku.
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*

No comments:

Post a Comment