***
Suatu Kebakaran
***
**Pang Yi Xuan (6S)**
Pada hari Jumaat yang lalu,
saya dan Caryn pergi ke kedai buku dengan berjalan kaki.
Kami berjalan sambil berbual-bual.
Tiba-tiba,
kami ternampak asap berkepul-kepul naik ke udara.
Rupa-rupanya, rumah Pak Ali dijilat api yang marak.
Dengan segera,
kami berlari ke sebuah pondok telefon awam yang berdekatan.
Saya menelefon ke balai polis dan
balai bomba untuk meminta bantuan.
Selepas itu, kami pun balik ke tempat kejadian.
Keadaan di situ kelam-kabut.
Penduduk sibuk mengeluarkan barang-barang yang penting
seperti komputer, televisyen, dokumen penting dan lain-lain lagi.
Mereka memindahkan barang-barang ke tempat yang selamat.
Saya dan Caryn sibuk memadamkan api.
Kami juga memapah
mangsa-mangsa kebakaran ke tempat yang selamat.
Beberapa orang pemuda pula menenangkan hati
beberapa orang budak yang menangis
teresak-esak kerana ketakutan.
Angin bertiup dengan kencang dan api semakin marak.
Tidak lama kemudian,
kereta bomba dan ambulans pun tiba.
Ahli-ahli bomba mula memadamkan api yang marak.
Mereka juga menyelamatkan
mangsa-mangsa yang terperangkap di dalam rumah.
Beberapa orang polis mengawal lalu lintas
dan keadaan yang kelam-kabut di situ.
Atendan hospital pula sibuk merawat dan menghantar
mangsa-mangsa ke hospital yang berhampiran.
Pak Ali mengucapkan terima kasih kepada saya dan Caryn.
Kami berasa gembira kerana telah
membantu orang yang berada dalam kesusahan.
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
No comments:
Post a Comment